SENIMAN ikrar sokong kempen Switch Off

Media Statement
Oktober 24, 2014 14:02 MYT
SENIMAN ikrar sokong kempen Switch Off
Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang bernaung di bawah Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) berpendirian bahawa SENIMAN akan terus menyokong Kempen `Switch Off 2014’, pada 21 Oktober lalu dalam satu sidang media dan akan bersolidariti pada 11 November 2014 di Finas Ulu Kelang.
SENIMAN berpendapat Switch Off bertujuan memberikan kesedaran mengenai beberapa perkara yang melibatkan industri hiburan tempatan :-
Kami ingin tegaskan, bahawa mereka yang tidak menyokong kempen ini, tidak kira dari individu mahupun persatuan seni tertentu ia dianggap tidak memahami masalah, cuma mereka hanya menyuarakan pendapat bagi kepentingan diri dan bukan mahu memajukan industri. Mereka perlu faham Switch Off 2014 bukan berkonsepkan “menentang” tetapi berkonsepkan “cadangan” untuk penambahbaikan secara holistik dalam industri kreatif negara.
Justeru, bagi menjayakan Switch Off 2014, kami menyeru seluruh ahli-ahli SENIMAN dan keprihatinan seluruh rakyat Malaysia untuk terus menyokong kempen ini bagi kebaikan kebajikan bersama dan kami turut mengambil langkah proaktif dengan menyarankan supaya mematikan (Switch Off) televisyen (TV) pada 11.11.14 selama 3 jam mulai jam 8.00 malam sehingga 11 malam bagi penjimatan bil elektrik anda.
Oleh yang demikian, kami akan terus berkongsi fakta-fakta menarik berkaitan dengan industri TV Malaysia supaya dapat difahami oleh orang ramai dengan lebih jelas.
Selain itu, kami juga akan memaparkan video-video sokongan orang ramai terhadap kempen ini dan memuat naik video-video pendek yang memberi deliberasi lanjut tentang objektif kempen di Facebook Official SWITCH OFF 2014
-------------------------------------------------------------------------------------------
* Tulisan ini adalah pandangan Persatuan SENIMAN Malaysia (SENIMAN) dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
#drama #filem #industri #Seniman #Switch Off #televisyen
;