Seni persembahan tidak terkubur

Amanda Ho
Disember 28, 2017 10:58 MYT
Datuk Faridah Merican percaya seni persembahan di Malaysia kini lebih baik jika dibandingkan dengan masa lalu. - Kakiseni.com

"I BELIEVE the current state of performing arts in Malaysia has never been better"

Ini adalah pandangan Penerbit Eksekutif dan Pengasas Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC), Datuk Faridah Merican, kepada AWANI REVIEW ketika berkongsi pandangan tentang keadaan seni persembahan di Malaysia baru-baru ini.
Beliau percaya seni persembahan di Malaysia kini lebih baik jika dibandingkan dengan masa lalu kerana mempunyai persembahan profesional yang diadakan di pusat-pusat seni persembahan Malaysia.
Katanya, sektor pendidikan memainkan peranan penting dalam perkembangan industri seni persembahan.
Itu antara intipati artikel yang diterbitkan di AWANI REVIEW berjudul "Catch Them Early, 'Act' Them Young".
Layari http://awanireview.com untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang keadaan seni persembahan di Malaysia dan langkah-langkah untuk mengembangkan lagi industri tersebut.
#AWANI Review #Faridah Merican #KLPac #Malaysia #pendidikan #seni persembahan
;