"Semuanya ditaja, takkan saya nak tolak?" - Janna Nick
Gempak
Jun 16, 2018 13:32 MYT
Jun 16, 2018 13:32 MYT
BERJAUHAN dengan keluarga, pelakon Janna Nick menyambut Syawal di negara Rusia.
Janna berangkat ke Rusia bagi menonton perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.
"Sebagai duta telefon pintar, mereka memberi peluang untuk menaja saya ke Rusia bagi menyaksikan Piala Dunia 2018.
"Saya anggap kesempatan ini datang sekali seumur hidup. Saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu. Semuanya ditaja, takkan saya mahu menolak?" kata Janna ketika ditemui di majlis tayangan program raya Astro 2018 baru-baru ini.
Mengakui dirinya meminati bola sepak, Janna lebih gemar sesebuah perlawanan secara 'live'.
"Saya lebih suka berada dalam stadium untuk menonton secara 'live'. Suasana tersebut sungguh menyeronokkan dan sukar untuk digambarkan. Memang 'best'.
"Adik saya, jurusolek serta pihak pengurusan juga turut serta ke Rusia. Pelakon Alvin Chong juga sama menyertai rombongan ke Rusia. Tidaklah saya rasa sedih sangat menyambut Syawal di perantauan," kata Janna lagi.
Astro merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Malaysia dan anda dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung di Astro!
Astro juga akan turut membuat liputan komprehensif kesemua 64 perlawanan sepanjang musim perayaan ini.
Bukan itu saja, kesemua 64 perlawanan dapat disaksikan dalam definisi tinggi (HD) dan juga boleh dialami dalam bentuk realiti maya (VR) untuk pengalaman menonton seakan berada di dalam stadium! - Teks: Kamaruddin Razal
#berita Malaysia
#Berita Terkini
#bola sepak
#FIFA
#Janna Nick
#Malaysia
#Piala Dunia
#Rusia
#telefon pintar