"Semua urusan perkahwinan berjalan dengan lancar" - Atikah Suhaime

Gempak
Oktober 28, 2018 17:06 MYT
Awi dan Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup.
PELAKON Atikah Suhaime mengakui persiapan perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael berjalan dengan lancar.
Menurut Atikah buat masa sekarang dia masih sibuk dengan kerjaya seni dan dalam masa yang sama mencuri masa untuk melakukan persediaan perkahwin yang akan berlangsung pada 15 Mac 2019.
"Sekarang ini semuanya berjalan dengan lancar dan kini separuh persiapan sudah dilakukan seperti yang dirancang.
"Buat masa sekarang fokus saya adalah untuk melakukan majlis perkahwinan di Singapura sahaja dulu dan masih tidak mempunyai rancangan adakan majlis di Malaysia.
"Mungkin saya akan adakan majlis makan-makan sahaja dengan peminat di Malaysia selepas majlis di Singapura selesai.
"Apapun doakan yang terbaik buat saya dan Awi semoga segalanya akan dipermudahkan," katanya kepada HLive.
Awi dan Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay Singapura.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
#Astro #Atikah Suhaime #Awi Rafael #keluarga #Malaysia #pelakon #perkahwinan #Singapura
;