Sempena sambutan hari lahir, Neelofa serlah identiti baru
Gempak
Februari 12, 2020 08:10 MYT
Februari 12, 2020 08:10 MYT
BARU sahaja meraikan sambutan hari lahir pada 10 Februari lalu, pengacara popular Neelofa muncul menyerlahkan identiti baru.
Nafas segar itu diterjemahkan oleh Neelofa menerusi penjenamaan semula jenama hijabnya, Naelofar dimulakan semenjak tahun 2014.
Menyifatkan perkara terbabit sebagai hadiah hari jadi untuk dirinya, Neelofa memberikan sentuhan yang lebih edgy, feminist dan juga moden seiring dengan kehendak wanita sekarang.
"Ini hadiah hari jadi saya yang paling bermakna. Dengan arah tuju baru ini, saya berharap jenama hijab saya dapat memberi inspirasi untuk merubah persepsi masyarakat terhadap pilihan wanita dalam era dan zaman moden ini.
"Saya juga mahu mereka tahu bahawa mereka tidak perlu takut untuk maju ke hadapan dan tidak membiarkan jarak membataskan mereka kerana satu-satunya halangan untuk berjaya adalah diri sendiri," kata Neelofa.
Dalam pada itu, peminat berpeluang untuk berjumpa dan bermesra dengan Neelofa serta mengambil foto menarik dengan 'art installation' di Level 1, Menara Ken, Taman Tun Dr Ismail, Damansara dalam acara Naelofar Go Far Event pada Ahad, 16 Februari ini!
Berlangsung pada jam 10 pagi sehingga 5 petang, Neelofa bakal mengadakan sesi 'meet and greet' pada pukul 2 petang dan anda turut berpeluang melihat koleksi terbaru jenama hijab ini yang diberi nama Go Far!
#hadiah hari jadi
#hari lahir
#hijab
#identiti baru
#jenama
#Naelofar
#Neelofa
#penjenamaan semula
#tudung