Sempena Aidilfitri pelanggan Astro boleh strim Disney Hotstar menerusi Ultra Box

Astro Awani
April 22, 2022 09:55 MYT
para pelanggan Astro boleh strim Disney Hotstar menerusi Astro Ultra Box bermula 28 April ini.
KUALA LUMPUR: Sempena sambutan Hari Raya Aidilftri, pelanggan-pelanggan Astro diberikan tawaran istimewa iaitu peluang untuk strim rancangan-rancangan kegemaran Disney anda di kaca televisyen.
Stesen televisyen satelit pertama negara itu mengumumkan bahawa para pelanggan Astro boleh strim Disney+ Hotstar menerusi Astro Ultra Box bermula 28 April ini.
Tentu sekali ramai yang tidak sabar untuk menonton pelbagai rancangan hebat daripada studio-studio Pixar, Marvel, Disney, Star Wars dan Fox.
Astro juga bangga menjadi destinasi penstriman nombor satu di Malaysia dengan Astro GO, Netflix, Disney+ Hotstar, TVB Anywhere+, HBO Go dan iQIYI serta banyak lagi yang bakal menyusuli kelak.
#AstroNewExperience #AstroUltraBox #DisneyPlusHotstarMy #NowYouCan