"Semoga ditangkap, sebelum kau ditetak" - Diana Danielle berang dengan penyamun dobi
Gempak
September 12, 2018 20:31 MYT
September 12, 2018 20:31 MYT
PELAKON Datin Diana Danielle berang dengan dua penyamun dobi layan diri selepas video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan keji mereka mula tular hari ini.
Diana kesal dengan apa yang berlaku dan berharap agar mereka dapat ditangkap oleh pihak berkuasa.
“Kurang ajar! siap main acah acah nak tetak kakak tu yg dah tak tau nak lari mana. Malas & sel otak tak mampu berhubung sampai susah nak kerja cari duit halal tapi rajin pulak samun orang.
“Semoga ditangkap dan diberi peluang utk betulkan diri sebelum kau ditetak oleh org lain pulak dek perangai samseng cap ayam,” tulisnya.
Isteri kepada Datuk Farid Kamil itu meluahkan rasa marahnya menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Dalam entri yang sama dia turut memuat naik rakaman CCTV tersebut.
Rata-rata turut menyokong apa yang dikatakan oleh pelakon Gol & Gincu Vol. 2 tersebut.