'Semoga Allah terus kekalkan kami begini selamanya'

Gempak
September 10, 2018 11:30 MYT
Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Foto Astro GEMPAK
PELAKON Fauzi Nawawi dan isteri, Lisdawati telah menyambut ulang tahun perkahwinan ke-11 pada tahun ini.
Menerusi entri di Instagram (IG), Fauzi telah memuat naik foto bersama isterinya berserta ucapan ulang tahun perkahwinan mereka pada Ahad.
"Happy 11th Aniversary to me and Lisdawati. 09.09.2007 tarikh keramat yang menyatukan kami.
"Semoga Allah teruskan kekalkan kami begini selamanya. Aminnn," tulisnya.
Menerusi ruangan komen rata-rata peminat turut menyampaikan ucapan ulang tahun perkahwinan serta mendoakan kebahagiaan Fauzi dan Lisdawati.
"@syantieeahmad: Happy Anniversary fauzi dan Lisdawati. Semoga kekal hingga ke jannah. Aamiin."
"@yanie.pelangi_shoppe: Selamat Ulang Tahun Perkahwinan kak @lisdawati15 dan abg @fauzinawawi_new. Moga kehidupan sekeluarga ini sentiasa dipenuhi kasih sayang, kegembiraan dan harmoni."
"@fazreenwahab: Semoga Allah merahmati hubungan ini buat selamanya. Happy anniversary Lisdawati dan Fauzi. Cepat betul masa berlalu."
Lisda dan Fauzi mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata, Nor Aini Farhana, Nor Aina Fazneesya, Muhammad Fazreez Hazwan dan Ahmad Nur Fayyadh.
#Fauzi Nawawi #Instagram #Lisdawati #pelakon #ucapan #Ulang Tahun Perkahwinan
;