Selfie Ellen DeGeneres pecahkan rekod Twitter

T K Letchumy Tamboo
Mac 3, 2014 05:17 MYT
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memuatnaikkan gambar beliau memeluk isterinya di laman media sosialnya sejurus selepas memenangi pilihan raya presiden negara itu dan gambar itu disenaraikan sebagai gambar yang paling di twit semula di dalam sejarah Twitter.

Four more years. pic.twitter.com/bAJE6Vom

— Barack Obama (@BarackObama) November 7, 2012
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dua tahun kemudian, Ellen DeGeneres mengulangi kejayaan itu, apabile 'selfie' beliau menerima bilangan twit semula lebih banyak daripada gambar Obama, sekaligus memecahkan rekod Twitter.
Hos Oscar 2014 itu mengambil 'selfie' popular itu apabila beliau bergambar bersama selebriti seperti Brad Pitt, Angelina Jolie, Jared Leto, Bradley Cooper, Jennifer Lawrence, Lupita Nyong'o, Kevin Spacey, Channing Tatum, Julia Roberts, Meryl Streep dan yang lain.
Gambar dengan mesej "If only Bradley's arm was longer. Best photo ever. #oscars" itu, telah mencecah twit semula lebih 1.7 juta, telah di twit semula lebih setengah juta kali berbanding gambar Obama yang hanya di twit semula hampir 800,000 kali.
Angka yang mengagumkan itu direkodkan kurang daripada sejam gambar itu dimuat naikkan, dengan laporan bahawa Twitter terhempas seketika disebabkan trafik yang tinggi yang dibawa oleh gambar tersebut.

If only Bradley's arm was longer. Best photo ever. #oscars pic.twitter.com/C9U5NOtGap

— Ellen DeGeneres (@TheEllenShow) March 3, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Barack Obama #Ellen DeGeneres #Oscar #selfie