Selesai dibedah, suami Noorkhiriah masih belum sedar

Gempak
Disember 18, 2019 22:01 MYT
Noorkhiriah berkongsi keadaan terkini suaminya, Azfaizul Ahtan yang dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan, beberapa hari lalu.
PELAKON Noorkhiriah berkongsi keadaan terkini suaminya, Azfaizul Ahtan yang dimasukkan ke sebuah hospital selepas mengalami masalah kesihatan, beberapa hari lalu.
Menerusi posting terbaru Noorkhiriah di Instagram, dia menjelaskan suaminya sudah pun selesai dibedah, namun masih belum sedar sepenuhnya.
"Apa akak boleh katakan yang mana ada pasangan hargailah. Itu je yang akak boleh cakap.
"Terima kasih atas doa, suami akak dah boleh selesai pembedahan dan sekarang masih belum sedar semuanya.
"Paling penting semuanya sudah selesai nak tunggu sihat sepenuhnya pula. Alhamdulillah terima kasih Allah, terima kasih semua," katanya.
Posting berkenaan kemudian 'dibanjiri' dengan kata-kata semangat oleh peminat dan pengikut di Instagramnya.
Rata-rata mereka mendoakan agar suaminya diberikan kesembuhan secepat mungkin.
#Azfaizul Ahtan #belum sedarkan diri #kesembuhan #masalah kesihatan #Noorkhiriah #selesai dibedah
;