Selepas Shah Rukh Khan, John Cena beralih kepada Aamir Khan pula

Astro Awani
Januari 26, 2018 09:20 MYT
Keterujaan John Cena berkongsi foto pelakon Bollywood mencetuskan spekulasi mungkin pengusti WWE ini berminat untuk berlakon filem hindustan - Gambar REUTERS
MUNGKIN ada sesuatu yang menarik dalam dunia Bollywood di mata dan hati John Cena.
Menerusi instagramnya penggusti World Wrestling Entertainment (WWE) ini kerap berkongsi gambar pelakon Bollywood.
Terbaharu Cena berkongsi foto Aamir Khan yang diambil dari filem Secret Superstar.
Seperti biasa Cena tidak menyertakan sebarang kapsyen atau keterangan mengenai gambar yang dikongsinya.
Sebelum ini penggusti yang juga pelakon bertubuh sasa ini pernah berkongsi beberapa foto pelakon Bollywood beserta petikan kata-kata antaranya dari Rahul Dravind, Kapil Dev and Amitabh Bachchan.
Paling diingati adalah pada 10 Januari lalu apabila dia berkongsi foto serta petikan kata-kata dari Raja Bollywood Datuk Shah Rukh Khan.
Malah kedua dua selebriti ini sebelum itu turut berbalas twitter.

This was randomly put up in a small article by @theCHIVE very glad i stumbled across it https://t.co/jZ8gLONB6k via @TEDTalks

— John Cena (@JohnCena) December 21, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

thx for taking out time to eeit. Wish I can ee usomeday. Love & health to u my man. https://t.co/P8GyVWjAzT

— Shah Rukh Khan (@iamsrk) December 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

You as well sir. Your perspective on life is one I strive to attain, that, and being visible of course. #Cyberspaceghost https://t.co/uA5XJ5LJdv

— John Cena (@JohnCena) December 22, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dengan perkembangan ini siapa tahu satu hari nanti Cena,Shah Rukh dan Aamir mungkin akan berkongsi pentas sama ada pentas lakonan atau juga mungkin pentas WWE.
Kalau jadi kenyataan mungkin kita akan dapat melihat Cena bergelek mengikut rentak Bollywood tidak lama lagi.
#Aamir Khan #Amitabh Bachchan #Bollywood #John Cena #Shah Rukh Khan