Selepas semut, ular spesies baharu di Peru diberi nama sempena Harrison Ford

Gempak
Ogos 17, 2023 14:00 MYT
Ular tersebut diberi nama Tachymenoides Harrisonfordi sebagai penghormatan buat Ford yang terkenal menjadi aktivis alam sekitar. -Gempak
HARRISON Ford kini punya ‘keluarga baharu’ selepas seekor ular spesies baharu yang ditemui di Peru diberi nama sempena menghormati aktor tersebut.
Ular tersebut diberi nama Tachymenoides Harrisonfordi sebagai penghormatan buat Ford yang terkenal menjadi aktivis alam sekitar.
Ia ditemui hasil penyelidikan di antara penyelidik dari Peru dan Amerika Syarikat di Taman Nasional Otishi Peru.
Bintang Indiana Jones yang juga merupakan naib presiden organisasi bebas Conservation International menerima pengiktiran tersebut dengan senang hati.
“Para saintis asyik memberi haiwan spesies baru yang ditemui dengan nama saya,” katanya seperti dilaporkan BBC.
Tachymenoides Harrisonfordi diketahui sebagai reptilia yang tidak berbahaya.
Selain ular, saintis juga pernah menamakan semut spesies baru yang ditemui pada tahun 1994 dengan nama Pheidole Harrisonfordi.
Setahun sebelumnya, labah-labah yang ditemui di California diberi nama Calponia Harrisonfordi. -Gempak
#Harrison Ford #Tachymenoides Harrisonfordi #ular spesies baharu ditemui di Peru #Conservation International
;