Selepas pulang tunai haji, ini penampilan terbaharu Fouziah Gous
Gempak
September 3, 2018 14:00 MYT
September 3, 2018 14:00 MYT
PENAMPILAN berhijab dan lebih sopan pelakon Datin Fouziah Gous selepas pulang menunaikan Haji mendapat perhatian ramai.
Fotonya yang menampilkan dirinya dengan imej terbaharu itu dikongsi oleh suaminya Datuk Md Zhafran Md Yusof, 35 tahun, menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Foto tersebut dikongsi ketika mereka bercuti di sebuah pusat peranginan di Port Dickson baru-baru ini.
Pengikut IGnya memuji perubahan imej Fouziah, 35 tahun yang dikatakan sesuai dengan gelaran Hajah.
“Alhamdulillah, selamat kembali ke tanah air. Cantiknya hajah @fouziahgous semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
“Cantik Fouziah pakai tudung, semoga istiqomah ya..manis sangat begitu,” komen antara peminatnya.
Fouziah dan Zhafran berangkat ke tanah suci Makkah pada 16 Ogos lalu dan selamat pulang ke Malaysia pada Sabtu.