Selepas lima tahun, 'Gangnam Style' masih popular di Youtube

Agensi
November 27, 2017 19:55 MYT
Awal tahun ini, Psy memberitahu bahawa dia sedia untuk melonjak lebih tinggi selepas Gangnam Style. -AFP
SELEPAS lima tahun, ternyata peminat masih gemarkan muzik video ‘Gangnam Style’ oleh Psy. Ini kerana muzik video itu mencecah tiga bilion tontonan sehingga semalam.
Artis Korea Selatan, Psy turut meluahkan rasa teruja dengan jumlah tontonan itu melalui platform sosial media, Twitter miliknya.

#GANGNAMSTYLE got 3 billion views!! THX#PSY #/a> #/a> #GANGNAMSTYLE #MV #3BILLION #YOUTUBE #YG pic.twitter.com/yDmyNQY431

— PSY (@psy_oppa) November 26, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menurut laporan Billboard, ‘Gangnam Style’ masih kekal di tangga ketiga manakala See You Again nyanyian Wiz Khalifa dan. Charlie Puth di tangga kedua dan Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Daddy Yankee mengungguli carta.
Awal tahun ini, Psy memberitahu bahawa dia sedia untuk melonjak lebih tinggi selepas ‘Gangnam Style’, namun lagu tersebut masih menjadi hit terutamanya dalam kalangan penyanyi rap di Korea.
Pada tahun 2012, ‘Gangnam Style’ berjaya catat sejarah apabila menjadi video viral pertama yang mencecah satu bilion tontonan.
Klip video yang menonjolkan aksi pergerakan tarian kuda itu telah memberi inspirasi kepada ratusan klip parodi.
#Gangnam Style #hit #klip video #Korean Selatan #penyayi rap #PSY #tarian kuda #Twitter #YouTube
;