Selepas lebih 10 tahun, Irwansyah, Zaskia timang cahaya mata

Astro Awani
April 2, 2021 11:57 MYT
Pelakon itu turut berkongsikan nama anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta menerusi pembedahan. - Foto Instagram/@irwansyah_15
SELEPAS lebih 10 tahun, akhirnya rumah tangga pelakon Indonesia, Irwansyah dan pasangannya, Zaskia Sungkar dimeriahkan dengan kelahiran seorang bayi lelaki pada Selasa.
Berita gembira itu dikongsikan Irwansyah menerusi Instagramnya pada pagi Rabu.
Pelakon itu turut berkongsikan nama anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan di sebuah pusat perubatan di Jakarta menerusi pembedahan.
Irwansyah turut memaklumkan, Ukkasya Muhammad dilahirkan dengan berat mencecah 3.4 kilogram.
"Assalamualaikum, anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik.
"Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini.
"Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan kebaikan dan keberkatan," katanya di akaun Instagram miliknya.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
#Instagram #Indonesia #bayi #perubatan
;