Selepas kongsi rasa hormat kepada peniaga tepi jalan, Fazley Yaakob kini diburu

Gempak
Oktober 6, 2019 16:24 MYT
Fazley mendedahkan dia telah dikejar oleh usahawan muda hanya kerana mahu meminta pandangan pemilik restoran Suka Sucre itu.
SELEPAS berkongsi rasa hormat dan minat mencuba makanan dari peniaga makanan di tepi jalan, cef selebriti Datuk Fazley Yaakob telah menerima pelbagai respon positif dari banyak pihak.
Malah terbaharu, Fazley mendedahkan dia telah dikejar oleh usahawan muda hanya kerana mahu meminta pandangan pemilik restoran Suka Sucre itu.
“Selepas saya kongsi perasaan sayang dan hormat kepada peniaga-peniaga tepi jalan seminggu lalu, saya dapat banyak respon dari orang ramai termasuk juga usahawan- usahawan yang baru nak menapak, termasuk yang dah lama dalam bidang perniagaan makanan.
“Mereka semua terharu dengan kejutan penghargaan yang diberi dari media dengan deretan artikel-artikel yang keluar baru-baru ini mengenai posting saya → #dfysukasangat
“Semasa di Segamat, saya “dikejar” anak muda yang baru buka bisnes kebab di Skudai. Mereka travel dari Skudai ke Segamat semata-mata untuk minta pendapat saya tentang kebab ciptaannya.
“Saya sempat rasa makanan jualannya semua dan sangat sedap semuanya! All the best,” tulisnya.
Fazley berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian berkenaan dia memuat naik video ketika mencuba makanan dari peniaga muda itu
BACA: “Ada Kalanya Makanan Peniaga Tepi Jalan Jauh Lebih Sedap Daripada Restoran”- Fazley Yaakob
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang kagum dengan sikap rendah diri Fazley sedikit sebanyak menyuntik semabgat kepada usahawan baharu.
#Datuk Fazley Yaakob #Instagram #peniaga #Suka Sucre #usahawan #video
;