Selepas hampir 19 tahun, Kevin Costner dan isteri bakal akhiri ikatan perkahwinan
Agensi
Mei 3, 2023 18:29 MYT
Mei 3, 2023 18:29 MYT
AKTOR Kevin Costner dan isterinya, Christine Baumgartner, bakal memilih jalan perceraian setelah hampir 19 tahun bersama.
AP melaporkan, perkara itu disahkan oleh jurucakap pelakon lelaki tersebut pada Selasa.
"Dengan penuh dukacita bahawa kemungkinan ini adalah di luar kemampuannya, lantas membuatkan Kevin Costner terpaksa mengambil jalan mengakhiri ikatan perkahwinannya," ujar pegawai perhubungan awam Costner, Arnold Robinson dalam satu kenyataan.
Costner dan Baumgartner, seorang model dan pereka beg tangan, mula berkenalan pada 1998. Lima tahun kemudian, mereka memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2004 di kediaman Costner di Colorado.
Hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki yang kini berusia 14 dan 15 tahun, dan seorang anak perempuan berumur 12 tahun. Itu merupakan perkahwinan kedua bagi Costner, 68.
Bekas pemenang anugerah Oscar dan Emmy itu dikenali dengan lakonannya dalam siri televisyen Yellowstone dan filem-filem seperti Dances With Wolves, Waterworld, The Bodyguard dan Bull Durham.