Selepas Emma Maembong, kini giliran Fathia Latif buka tudung

Asyraf Roslan
April 24, 2019 07:57 MYT
Fathia dilihat tidak lagi memakai hijab malah kini dia tampil dengan rambut pendek. - Foto Instagram/ fatiyalatiff
Selepas kecoh beberapa bulan lalu pelakon Emma Maembong buka tudung, kini giliran Fathia Latif pula tampil dengan imej baharu.
Fathia dilihat tidak lagi memakai hijab malah kini dia tampil dengan rambut pendek.
Menurut laporan portal tempatan, Fathia tampil dengan tidak mengenakan hijab dan tidak dipergaruhi oleh mana-mana pihak.
Dia juga menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk menipu dirinya sendiri dan dia memakai hijab ketika dulu hanya kerana dia sedang kecewa dan murung.
"Apa yang penting sekarang saya boleh jadi diri sendiri dan tidak menipu diri sendiri. Saya baru perasan apa yang saya lakukan sebelum ini (berhijab) sebenarnya saya sedang kecewa dan murung,” ujarnya kepada portal tersebut.
Di akaun Instagram miliknya, Fathia atau nama sebenarnya Nur Fatima Abdul Latif, 32 tahun, telah memadam semua gambarnya yang memakai hijab sebelum ini.
#buka tudung #Emma Maembong #Fathia Latif #hiburan #pelakon #tudung
;