Selepas dua dekad, dapat juga Nicolas Cage jadi Superman

Agensi
Mac 14, 2018 16:50 MYT
Gaya Nicolas Cage ketika mencuba sut Superman pada 1998, malangnya filem 'Superman Lives' itu dibatalkan - Foto Youtube/Flashback FilmMaking
SIAPA sangka impian yang terpadam mampu jadi kenyataan selepas 20 tahun. Inilah yang dinamakan rezeki bagi Nicolas Cage.
Pelakon Con Air ini melunaskan impiannya untuk bergelar Superman setelah filem Superman Lives arahan Tim Burton yang sepatutnya menjalani penggambaran pada 1998 dibatalkan.
Baca: Kasihan Nicolas Cage, tak sempat jadi Superman
Nama Cage secara rasmi terpahat sebagai antara pendukung watak Man of Steel itu. Biarpun bukan watak fizikal, memadai cuma meminjamkan suara bagi filem animasi Teen Titans GO! To the Movies.
Selain Cage beberapa lagi selebriti yang terlibat adalah Halsey (Wonder Woman), Lil Yacht (Green Lantern), Scott Menville (Robin), Hynden Walch (Starfire), Tara Strong (Raven), Will Arnet (Slade Wilson) dan Kristen Bell (Jade Wilson).
Filem animasi terbitan Warner Bros ini akan ditayangkan pada 27 Julai depan.
#Halsey #Lil Yacht #Nicolas Cage #Scott Menville #superman #Tim Burton #wonder woman
;