Selepas berbelas tahun kahwin, Ari Wibowo ceraikan isteri
Gempak
April 18, 2023 12:05 MYT
April 18, 2023 12:05 MYT
PELAKON terkenal Indonesia, Ari Wibowo mengejutkan industri hiburan tempatan apabila dilaporkan memfailkan perceraian terhadap isterinya pada 3 April lalu.
Ia menjadi khabar mengejutkan kerana selama ini rumah tangga Ari bersama Inge Anugrah tidak pernah dilaporkan mengalami masalah. Apa lagi mereka juga sudah hidup bersama sebagai suami isteri selama 16 tahun.
Menurut laporan Detik.com, bintang berusia 52 tahun tersebut ingin bercerai meski sudah berbelas tahun kahwin selepas tidak sefahaman dan sering bertengkar sejak tahun 2020.
Dia juga dilaporkan menuntut hak penjagaan dua anaknya dengan alasan mereka mempunyai hubungan yang sangat akrab.
“Pihak Ari Wibowo juga menuntut hak penjagaan anak atas alasan mereka punya hubungan akrab,” ujar peguam Inge Anugrah yang ditemui media tempatan di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan.
Ari Wibowo juga tidak hadir ke mahkamah dan difahamkan tuntutan cerai juga dibuat atas nama peguam sebagai wakil dirinya. - Gempak