Selepas Ariana Grande, nama Selena Gomez pula disebut bakal bersama Blackpink
Asyraf Roslan
Julai 29, 2020 12:00 MYT
Julai 29, 2020 12:00 MYT
SEJAK diumum bakal mengeluarkan single baharu pada Ogos ini, sudah tentu peminat setia Blackpink, Blinks tidak sabar menanti saat itu.
Mana tidaknya, lagu terbaharu itu juga akan menampilkan seorang lagi artis, namun tidak didedahkan identitinya.
Perkara itu mula menjadi tanda tanya dan Blinks meneka siapakah yang akan bersama kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Rose, Jisoo dan Lisa itu.
Sebelum ini, ramai yang meneka bahawa penyanyi yang popular dengan lagu "Thank You, Next, Ariana Grande" akan bersama kumpulan tersebut.
Terbaharu, nama penyanyi, Selena Gomez pula menjadi sebutan peminat.
Namun, pihak agensi pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment tampil memberi penjelasan mengenai khabar angin tersebut.
"Sabar dan tunggu kenyataan rasmi daripada kami," komen YG Entertainment.
Pada masa sama, Blackpink juga akan melancarkan album penuh mereka pada Oktober ini.
Jadi Blinks, siapakah yang anda ingin lihat berkolaborasi bersama Blackpink?