Selepas 55 tahun, sekuel 'To Kill A Mockingbird' temui pembaca
Madiha Abdullah
Julai 12, 2015 13:36 MYT
Julai 12, 2015 13:36 MYT
Bagi penggemar karya sastera Inggeris, novel berjudul "To Kill A Mockingbird" bukanlah sesuatu yang asing di pendengaran.
Novel yang diklasifikasikan sebagai antara karya terhebat dalam sejarah kesusasteraan Amerika Syarikat itu, berkisarkan tentang seorang peguam kulit putih yang berjuang membela seorang lelaki kulit hitam yang dituduh merogol.
Kini, selepas 55 tahun, peminat novel ini boleh tersenyum apabila sekuelnya akhirnya akan diterbitkan.
Laman sosial dipenuhi dengan luahan rasa tidak sabar menanti tarikh 14 Julai 2015, di mana novel berjudul "Go Set A Watchmen" itu bakal dipasarkan.
Namun ulasan awal yang menyatakan terdapatnya unsur perkauman pada watak utamanya, Atticus Finch, menjadi perbualan utama netizen. Ada yang mengkritik, tetapi tidak kurang yang berpendapat isu berkenaan perlu dihadapi dengan hati terbuka.
Biarpun novel dan karyanya diiktiraf dalam pelbagai majlis penganugerahan, kelibat Lee amat jarang dilihat menghadiri majlis-majlis tersebut.
Khabar terakhir tentang Lee adalah beliau hampir buta dan pekak akibat strok Februari lalu. Manuskrip "Go Set A Watchmen" sebelum ini hilang bertahun-tahun, namun ditemui oleh peguam Lee pada penghujung tahun 2014.
Menerusi "To Kill A Mockingbird", Lee pernah menerima Anugerah Pulitzer pada tahun 1961.