Selepas 4 tahun bergelar ibu tunggal, Dynas Mokhtar bakal nikah April 2018

Gempak
Oktober 29, 2017 16:04 MYT
Pelakon Dynas Mokhtar mengakui bakal bernikah pada April tahun depan selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.
PELAKON Dynas Mokhtar mengakui bakal bernikah pada April tahun depan selepas hampir empat tahun bergelar ibu tunggal.
Menurut Dynas, 34, dia berharap segala perancangan untuk hari bahagianya itu akan dipermudahkan.
Aktres itu juga sudah yakin dan bersedia untuk bergelar seorang isteri semula.
“Rasanya ini waktu yang sesuai untuk saya kembali bergelar seorang isteri selepas hampir empat tahun bergelar seorang ibu tunggal.
"Kami bertunang Khamis lalu dan memilih April tahun hadapan untuk melangsungkan perkahwinan.
“Sama seperti orang lain saya juga berharap agar perkahwinan kali ini akan kekal bahagia sampai bila-bila dan yang lebih penting untuk saya segera mengandung memandangkan umur saya yang semakin meningkat,” katanya.
Tambah Dynas atau nama sebenarnya Wan Edrinas Wan Mokhtar, persetujuan untuk berkahwin ini tidak sekadar hadir daripada dirinya sahaja tetapi juga keluarga dan anak-anaknya.
“Yang membuatkan saya yakin dengan Shazrik adalah dia seorang yang memahami saya. Selain kami juga sudah saling mengenali sebagai rakan sebelum ini.
“Shazrik juga diterima anak-anak saya dan keluarga. Malah ibu bapa Shazrik juga menerima kehadiran saya di sisi anak mereka,” katanya.
Sementara itu pelakon ini pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Mohamed pada 15 Mac 2008 sebelum bercerai pada 25 Februari 2014. Melalui perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5.
Sumber: Utusan Online
#Dynas Mokhtar #ibu tunggal #Khyra Khalyssa #Mohamed Haqaish #Mohd Hafizi Mohamed #Shazrik #Wan Edrinas Wan Mokhtar
;