Selena Gomez putus asa bercinta?
Gempak
Ogos 23, 2018 09:14 MYT
Ogos 23, 2018 09:14 MYT
TERBAHARU, ada khabar angin mengatakan penyanyi terkenal Hollywood, Selena Gomez sudah putus asa untuk bercinta.
Namun menurut sumber, penyanyi itu hanya berasa takut jika dirinya tidak mampu mencintai lelaki lain selain dari bekas teman lelaki, Justin Bieber.
"Selena amat takut jika dia tidak dapat pengganti yang setanding dengan Justin.
"Selena masih tidak menemui lelaki yang sempurna yang mampu menggantikan bekas teman lelakinya itu," kata sumber.
Pada masa yang sama, Justin Bieber sedang sibuk merancang perkahwinan bersama tunangnya, Hailey Baldwin.
Sumber : hollywoodlife.com