Selebriti Hollywood sedih atas pemergian Bobbi Kristina - Media sosial
Kohilah Sekaran
Julai 27, 2015 15:07 MYT
Julai 27, 2015 15:07 MYT
HARI ini kita dikejutkan dengan kematian anak perempuan penyanyi terkenal Whitney Houston dan Bobby Brown, Bobbi Kristina Brown, yang meninggal dunia pada usia 22 tahun berikutan koma sejak enam bulan lalu.
Media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah, dan selebriti Hollywood juga tidak terlepas untuk menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Bobbi Kristina.
Kebanyakan selebriti menyatakan kesedihan mereka atas kematian Bobbi Kristina pada usia muda.
Antara selebriti yang menyampaikan ucapan takziah ialah Oprah Winfrey, Kylie Jenner, Keri Hilson, Jackee Harry dan Missy Elliott.
Bobbi Kristina dilapor meninggal dunia di sebuah pusat penjagaan yang terletak di Atlanta, Georgia di Amerika Syarikat pada Ahad.
Kematian Bobbi Kristina dikatakan satu tragedi, tambah-tambah lagi apabila kematiannya menyamai kematian tragis ibunya.
Whitney Houston meninggal dunia pada 11 Februari 2012. Penyanyi tersohor itu dijumpai dalam keadaan tidak sedar dalam tab mandi di bilik hotelnya di Beverly Hilton Hotel di Los Angeles sejurus sebelum acara tahunan Anugerah Grammy berlangsung.