Sekuel 'Doctor Strange' raih kutipan pecah panggung AS$185 juta
Astro Awani
Mei 9, 2022 09:00 MYT
Mei 9, 2022 09:00 MYT
FILEM sekuel "Doctor Strange and the Multiverse of Madness" raih kutipan pecah panggung sehingga AS$185 juta pada hujung minggu pertama di pawagam Amerika Syarikat dan Kanada.
Kutipan ini menandakan prospek positif tayangan filem musim panas.
Menurut Walt Disney, filem adi wira itu catat kutipan berkenaan melebihi dua kali ganda pembukaan "Doctor Strange" yang pertama, iaitu AS$85 juta pada 2016.
Ia juga merupakan angka pembukaan terbesar tahun ini.
"Doctor Strange" mendahului "The Batman" AS$134 juta dan "Spider-Man: Far from Home" AS$260.1 juta."
Di peringkat antarabangsa, ia menunjukkan prestasi yang lebih baik dengan anggaran kutipan AS$265 juta sejak dibuka pada Rabu.
Secara keseluruhan, "Doctor Strange 2" telah mengutip AS$450 juta.
"The Bad Guys" terbitan Universal dan Dreamworks Animation jatuh ke tempat kedua dengan anggaran kutipan AS$9.8 juta, manakala "Sonic the Hedgehog 2," dari Paramount di tempat ketiga dengan AS$6.2 juta.