Sekuel 'Ada Apa Dengan Cinta' akhirnya direalisasikan

Madiha Abdullah
Ogos 10, 2015 08:01 MYT
Ada Apa Dengan Cinta 2 dijangka beri pengakhiran kisah cinta Rangga dan Cinta.
LAMAN sosial semalam heboh dengan berita penerbitan sekuel filem blockbuster Indonesia, Ada Apa Dengan Cinta? (AADC) akan menemui penonton tidak lama lagi.
Bintang utama filem itu, Dian Sastrowardoyo, di laman Instagram, cukup teruja mengumumkan penggambaran filem berkenaan yang bermula hari ini.
Berita itu disambut gembira oleh penggemar filem bukan sahaja di Indonesia, tetapi juga di Malaysia.

Couldnt be anymore excited. #aadc2 pic.twitter.com/uDkYYzEiEc

— cath (@catherinawong) August 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

OMG it really is happening ?! #AADC2 can't wait !

— Zully S. (@ZullyWully) August 9, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

It's really happening #AADC2 ! /p>— Jupsie_ Whoopsie (@ZulaikaShamin) August 9, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Omg..Its been forever..haha..cant wait for AADC2! /p>— iat (@yayanaAT) August 9, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa portal berita Indonesia melaporkan hero filem berkenaan, Nicolas Saputra, juga akan meneruskan peranannya sebagai Rangga.
Selain Indonesia, filem ini juga dijangka akan menjalani penggambaran di New York.
'Ada Apa Dengan Cinta' mula ditayangkan pada tahun 2002.
Tahun lalu, sekuel AADC berdurasi 10 minit ditayangkan sebagai promo aplikasi LINE.
#Ada Apa Dengan Cinta #Dian Sastrowardoyo #Nicolas Saputra
;