Sedih kasut hilang, namun Zizan tetap ceria kurangkan berat badan

Gempak
Januari 7, 2019 05:51 MYT
Zizan yang bersemangat melakukan senaman menggesa peminatnya amalkan gaya hidup sihat. - Foto Twitter/@zizannin
RAMAI selebriti mungkin sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bersenam tapi Zizan Nin tetap mengamalkan gaya hidup sihat.
Pelakon popular ini kebelakangan ini berkongsi rutin hariannya bersenam dengan netizen di media sosial.
Apa yang menggembirakan buatnya, dia yang gemar berlari atau jogging berjaya turunkan berat badan sebanyak 2 kilogram baru-baru ini.
Di sebalik kejayaan itu, Zizan juga berkongsi cerita sedih mengenai kasut jogging miliknya yang hilang dicuri selepas menghantar keretanya untuk dicuci.
Malangnya, kasutnya itu hilang sebelum tahun baru 2019.
"Jangan kerja keras sangat, jaga kesihatan sendiri dan lari," katanya dalam status terkini di Twitternya, @zizannin hari ini.

Dont work too hard..tk cr of urself..lariiii ⁦@twtjogging⁩ 2 km to go pic.twitter.com/kHvkYSC56s

— Z I Z A N N I N (@zizannin) January 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zizan yang bersemangat melakukan senaman nampaknya memberi semangat pada selebriti lain dan peminat untuk mengikut amalan hidup sihat.
Dia juga memberitahu netizen, dia bukan saja berlari dan jogging tapi menggunakan khidmat nasihat kesihatan percuma untuk mendapatkan keputusan selepas melakukan senaman.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#curi #gaya hidup sihat #kasut #senam #Zizan Nin
;