"Sebulan batuk berdarah, demam dan cirit-birit" - Abby Abadi dimasukkan ke hospital
Gempak
Jun 25, 2018 20:00 MYT
Jun 25, 2018 20:00 MYT
PELAKON Abby Abadi dimasukkan ke hospital hari ini kerana batuk berdarah dan berkahak selain demam dan cirit-birit.
Menerusi akaun media sosial Instagramnya, pelakon yang popular dengan drama bersiri Gerak Khas itu pada mulanya telah mendapatkan rawatan awal namun tidak berkesan.
"Allah bagi rehat jap. Allah izinkan check-in hospital pagi ini setelah sebulan batuk berkahak dan darah, demam on off, darah tinggi dan cirit-birit lagi.
"Mula-mula ingat boleh baik sendiri, makan ubat batuk sudah 2 botol tapi tak hilang-hilang juga batuk ni.
"Pastu datang pulak penyakit lain lagi," tulisnya.
Ekoran masalah berkenaan, berat badannya telah susut sebanyak satu kilogram.
"Sebulan sakit on off, 10 hari dah cirit-birit, berat turun 1 kilogram," katanya.
Abby turut memohon doa peminat agar dirinya segera sembuh dan kembali bekerja.
"Doakan ya sahabat agar saya dapat jaga diri, jaga badan, jaga makan lepas ni. Degil yebby yabadi (Abby Abadi) ni," tambahnya. - Teks oleh: Amri Hassan