Sebak! Air mata Bunga Citra Lestari gugur semasa kembali lakukan persembahan
Gempak
Februari 29, 2020 14:00 MYT
Februari 29, 2020 14:00 MYT
PENYANYI Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) tidak dapat menahan air mata semasa tampil membuat kemunculan pertamanya selepas kematian suaminya, pelakon yang berasal dari Malaysia, Ashraf Sinclair.
BCL telah menghiburkan peminatnya di Friday Fushion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan pada Jumaat malam.
Menerusi laman Instagram (IG) @bclsinclairashraf, BCL kelihatan sebak dan menangis ketika menyanyikan lagu Karena Kucinta Kau.
Walau bagaimanapun, rata-rata peminat BCL yang hadir bersama-sama menyanyikan lagu itu sebagai tanda sokongan untuknya yang masih belum pulih sepenuhnya.
Malah, ada segelintir penonton yang menghadiahkan BCL dengan beberapa kuntum bunga.
Pada malam itu, BCL turut menyanyikan lagu ciptaan Melly Goeslaw iaitu Cinta Sejati.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
#Ashraf Sinclair
#BCL
#Bunga Citra Lestari
#Indonesia
#Instagram
#Jakarta
#Malaysia
#penyanyi
#persembahan