BCL telah menghiburkan peminatnya di Friday Fushion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan pada Jumaat malam.
Menerusi laman Instagram (IG) @bclsinclairashraf, BCL kelihatan sebak dan menangis ketika menyanyikan lagu Karena Kucinta Kau.
Walau bagaimanapun, rata-rata peminat BCL yang hadir bersama-sama menyanyikan lagu itu sebagai tanda sokongan untuknya yang masih belum pulih sepenuhnya.
Malah, ada segelintir penonton yang menghadiahkan BCL dengan beberapa kuntum bunga.
Pada malam itu, BCL turut menyanyikan lagu ciptaan Melly Goeslaw iaitu Cinta Sejati.
Terdahulu, suami BCL, Ashraf telah dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.