"Sebab ramai kata muka kami sama, mak restu kami tinggal sekali" - Aiman Tino
Gempak
Mei 2, 2018 15:12 MYT
Mei 2, 2018 15:12 MYT
PENYANYI Aiman Tino meluahkan rasa gembira apabila dapat bertemu seorang wanita yang mempunyai wajah iras seperti dirinya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Aiman telah berkongsi gambar bersama seorang wanita bernama, Nur Syafiqah Abdul Rahman atau lebih mesra disapa Pyka.
"Disebabkan semua kata muka kami sama, mak dah restu kami tinggal sekali. Hahahahaha. Puas kita adjust muka nak bagi sama. #twin," tulisnya.
Kapsyen sinis yang dimuat naik oleh Aiman Tino ternyata menerima pelbagai respon daripada peminatnya yang mengakui mereka mempunyai wajah yang seiras.
"@arifAzlan: Macam ini ke muka Aiman Tino bila pakai tudung? Memang seiras muka korang berdua."
"@nike_gc: Siapa sokong diorang ini berkahwin, aku curious gila nak tengok anak diorang nanti."
"@Amin.K: Kalau kahwin ni mesti muka anak sama dengan mak bapak. Tapi muka mereka memang hampir seiras. Cuma versi lelaki dan perempuan sahaja."
"@Azlynn123: Orang cakap muka sama jodoh kuat, tapi apa salahnya Aiman pun masih solo. Cuma jangan tinggal sekali kalau tiada apa-apa hubungan la. heheh."
"@nurharndhiani: Dah macam kembar Aiman Tino aku tengok."
Tahun lalu viral di media sosial apabila wajah Pyka dikatakan sama seperti Aiman Tino versi wanita namun disebabkan itu dia dikecam oleh orang ramai hingga dipanggil bodoh.