'Sebab kerja saya berjaya' - Isteri Shaheizy Sham 'approve' bentuk badan kekar
Gempak
Mei 25, 2023 12:30 MYT
Mei 25, 2023 12:30 MYT
PELAKON Shaheizy Sam akui tidak mudah untuk mendapatkan bentuk badan kekar seperti yang dilihat dalam filem terbaharunya, Polis Evo 3.
Selain untuk memberikan impak aksi yang mantap antara babak lain yang memerlukan dirinya nampak sasa adalah adegan membuka baju dalam filem tersebut.
Berkongsi penerimaan isterinya terhadap babak itu, Sam berkata Syatilla merupakan antara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.
“Syatilla okay sahaja, mungkin sebab dia pun jarang dapat tengok saya seperti itu.
“Dia banyak memberikan sokongan pada saya dan nampaklah dia menyukai usaha saya untuk mencapai sesuatu perkara,” katanya ketika ditemui Gempak.
Dalam pada itu, Sam juga menjelaskan jika bukan kerana tuntutan kerja, tidak mungkin berjaya kerana dia seorang yang suka makan.
“Bukan senang untuk mendapatkan six pack kerana saya adalah seorang yang sangat suka menikmati makanan.
“Semasa Perintah Kawalab Pergerakan (PKP) pada bulan Februari lalu saya okay lagi sebab baru lepas habis penggambaran tetapi pada bulan September saya dah berisi sangat.
“Tapi komitmen fasal kerjalah yang membuatkan saya boleh turunkan berat badan kalau bukan sebab kerja rasanya tidak kot,” jelasnya.
Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof itu terus mengekalkan pameran utama iaitu Zizan Razak yang membawakan watak Inspektor Sani dan Shaheizy Sam yang membawa watak Inspektor Khai.
Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi yang lebih besar dan mencabar! #JagaJagaBoh.
Selain Zizan dan Sam, filem itu turut dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Fauzi Nawawi, Farah Ali Khan, Nora Danish, Eyka Farhana, Fezrul Khan dan ramai lagi.
Bahang Polis Evo 3 kian terasa apatah lagi lagu runut bunyi (OST) berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Ernie Zakri dan penyanyi rap Aman Ra serta Kmy Kmo menjadi siulan.
Polis Evo 3 bakal ditayangkan di seluruh pawagam di seluruh Malaysia bermula 25 Mei ini. - Gempak