Scott Weiland, mantan vokalis Stone Temple Pilots, meninggal dunia

Astro Awani
Disember 4, 2015 16:47 MYT
Scott Weiland, mantan vokalis Stone Temple Pilots, meninggal dunia meninggal dunia pada usia 48 tahun ketika tidur di dalam bas jelajah di Bloomington, Minnesota.
Scott Weiland, pemilik vokal yang menggegarkan lagu-lagu tersohor kumpulan Stone Temple Pilots (STP) dan Velvet Revolvers sekitar dekad 90-an yang lalu, meninggal dunia pada usia 48 tahun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan di laman Facebook beliau, Weiland meninggal dunia ketika tidur di dalam bas jelajah di Bloomington, Minnesota.
Wildabouts, kumpulan yang disertainya selepas disingkirkan dari STP pada tahun 2013, dijadualkan untuk membuat persembahan di Media Entertainment Center di Minnesota.
Antara yang terawal berkongsi berita kematian Weiland ialah gitaris Jane’s Addiction, Dave Navarro, yang mengirim twit: “Just learned our friend Scott Weiland has died. So gutted, I am thinking of his family tonight.”
Twit tersebut walau bagaimanapun telah dipadamkan selepas beberapa ketika.
Dilahirkan pada 27 Oktober 1967 di San Jose, California, beliau dilahirkan dengan nama Scott Richard Kline.
Nama keluarga Weiland diperoleh apabila nama beliau ditukar oleh bapa angkat, Dave Weiland, yang menjaga beliau sejak berusia lima tahun.
Lagu-lagu nyanyian Weiland seperti “Interstate Love Song”, “Creep”, “Big Empty”, dan “Vasoline” menjadi kegilaan para peminat kumpulan bergenre hard rock dari San Diego itu.
Antara detik gemilang karier Weiland adalah sewaktu beliau memenangi anugerah Grammy dalam kategori Persembahan Hard Rock terbaik bagi lagu Plush pada tahun 1994.
Selain STP, Weiland juga pernah menyertai Velvet Revolvers yang juga dianggotai mantan anggota kumpulan Guns N’ Roses iaitu Matt Sorum, Duff McKagan, dan Slash.
Mereka berempat melancarkan dua album dan meraih anugerah Grammy pada tahun 2005 bagi lagu “Slither” dalam kategori Persembahan Hard Rock Terbaik sebelum Weiland keluar pada tahun 2008 untuk kembali menyertai STP.
Pemergian Weiland dikenang
Para peminat dan selebriti di Twitter segera mengirim ucapan takziah dan meratapi pemergian Weiland rata-rata hashtag #RIPScottWeiland. Antara selebriti yang mengabadikan ingatan mereka termasuklah kumpulan pop indie Foster The People dan calon Pelakon Wanita Terbaik Academy Awards, Juliette Lewis.

Sad to hear about Scott Weiland passing. He was a once of a kind epic force onstage. thoughts are w his family #RIPScottWeiland

— Juliette Lewis (@JulietteLewis) December 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Just heard some news that broke my heart. May heavens doors be wide open for you friend. #RIPScottWeiland

— Foster The People (@fosterthepeople) December 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Aku agak murung bila dapat tahu Scott Weiland meninggal dunia

— Firdaus Abdillah H (@pipiyapong) December 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

scott weiland mati dah,, ini idola mmbr aku. betul2 dia minat stone temple pilot..

— RikiKassim(@RikiKassim) December 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Betui ka scott weiland vocal stone temple pilots dah meninggal?.sedihnyaaaaa!!!.

— Vesparados (@Rozaimin) December 4, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sepanjang karier beliau, Weiland berhadapan dengan masalah ketagihan dadah.
Dia pernah disabitkan kesalahan membeli kokain pada tahun 1995 dan dua kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol pada tahun 2003 dan 2007, namun sudah bebas dari sebarang pengaruh dadah dan alkohol dua tahun lalu.
Weiland meninggalkan balu Jamie Wachtel dan dua cahaya mata iaitu Noah dan Lucy, hasil perkahwinan dengan bekas isterinya Mary Forsberg.
#Scott Weiland #Stone Temple Pilots #Velvet Revolvers #Wildabout
;