"Saya upload caption pasal kucing pun dituduh perli orang" - Rita Rudaini
Gempak
Disember 7, 2017 16:00 MYT
Disember 7, 2017 16:00 MYT
PELAKON Rita Rudaini meluahkan rasa kecewanya di Instagram (IG) selepas dituduh menyindir pasangan pengantin baru, Fattah Amin dan Fazura.
Tuduhan mula dilemparkan terhadap Rita apabila netizen mengaitkan salah satu entrinya yang menyatakan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan kucing kesayangannya Dahlia, dengan kenyataan dikeluarkan Fazura sebelum itu.
Semalam, Rita memuat naik keratan artikel daripada Harian Metro bertajuk ‘Amboi Rita’ dan netizen masih melemparkan tuduhan negatif sedangkan dia hanya sekadar berkongsi cerita tentang kucing kesayangannya.
Kecewa dengan tuduhan dilemparkan netizen, Rita memuat naik satu lagi entri awal pagi tadi.
“Ya Allah, kenapa dengan manusia sekarang? Apa salah saya? Saya upload caption cerita pasal kucing saya pun dituduh perli orang,” luahnya.
Tambah Rita dia juga tidak mengambil tahu tentang berita melibatkan Fazura dan Fattah kerana banyak lagi perkara penting yang perlu diselesaikan.
Rita turut berpesan agar semua pihak bersangka baik dan menjauhi fitnah serta bersangka buruk terhadap orang lain.