Saya terkejut melihat kematangan Diana - Farid Kamil
Gempak
September 28, 2017 17:36 MYT
September 28, 2017 17:36 MYT
PELAKON Farid Kamil mengakui kagum dengan kematangan yang ditunjukkan oleh isterinya, Diana Danielle dalam filem Hanyut.
Menurut Farid, dia sudah menjangkakan isterinya akan memenangi anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29), Sabtu lalu.
"Apabila menonton filem itu saya sudah boleh agak yang Diana akan memenangi sesuatu anugerah menerusi lakonannya dalam filem Hanyut.
"Diana menunjukkan kematangan melalui watak yang dibawakan dan ternyata tekaan saya tepat apabila malam kemuncak FFM29 dia diumumkan sebagai pemenang.
"Sebagai suami sudah pasti saya bangga dengan pencapaiaan yang diperolehi oleh isteri namun kami tidak dapat meraikannya bersama kerana masing-masing tengah sibuk dengan shooting.
"Saya berharap agar Diana akan berjaya memperolehi lebih banyak anugerah dan dapat memperbaiki serta menunjukkan kematangan dalam lakonannya dari semasa ke semasa," katanya kepada Astro Gempak.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tayangan Malam Gala Filem Tombiruo, di MBO The Starling, Damansara, baru-baru ini.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem adaptasi karya novelis thriller no 1 Malaysia, Tombiruo, di pawagam bermula 12 Oktober ini.
Selain Farid, filem adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid ini turut dibintangi oleh Zul Ariffin, Nabila Huda, Faizal Hussein, Farah Ahmad, Artu, Hasnul Rahmat, Michael Chen, Datuk M. Nasir, Datin Marlia Musa dan Muhammad Al-Rayyan.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi