"Saya takut, kenapa jadi begini?" - Siti Sarah cuak Shuib undur diri dari Sinar.fm

Gempak
Disember 7, 2017 14:00 MYT
Siti Sarah terkejut Shuib buat keputusan untuk undur diri dari Sinar.fm. - Instragram Shuib Sepahtu/Siti Sarah
MALAM ketika Siti Sarah dimasukkan ke hospital, suaminya pula, Shuib mengundurkan diri daripada stesen radio Sinar.fm serentak hari sama.
Sedih atas kejadian yang berlaku, kata Sarah dia juga terkejut apabila suaminya membuat keputusan untuk meninggalkan kerjaya yang paling disukainya.
"Saya pernah tanya Shuib, apa yang dia paling suka lakukan? Jawabnya menjadi deejay!
"Namun, tiba-tiba dia memaklumkan mahu berhenti daripada Sinar.fm. Sejujurnya ketika itu saya takut, kenapa jadi begini?
"Mesti ada something wrong somewhere...," cerita Sarah ketika ditemui pada majlis pelancaran produk penjagaan rambut Sugardoll by NN di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.
BACA: Shuib menangis, sebak umum tinggalkan Sinar.fm
Namun, Shuib menjelaskan kepada Sarah tindakan yang dilakukan demi memberikan fokus kepada bidang perniagaan yang sedang giat diceburinya.
"Keputusan yang dilakukan Shuib benar-benar mengubah dirinya. Saya lihat dia lebih bersemangat dalam Sepahtu Reunion setiap minggu kualiti kerjaya sangat memberangsangkan.
"Jadi, saya sebagai seorang isteri menyokong sahaja keputusan yang Shuib pilih dan percayakan dia sepenuhnya," katanya.
Shuib berada di Sinar.fm untuk segmen Sepahtu Sinar bersama Jep dan Rahim sejak 30 Nov 2015 hingga 29 Nov 2017.
Teks oleh: Amri Hassan
#deejay #Hospital #Jep Sepahtu #kerjaya #radio #Rahim Sepahtu #Sepahtu #Shuib dan Sarah #Shuib Sepahtu #Sinar FM #Siti Sarah
;