Saya takkan lagi jawab segala persoalan tentang rumah tangga saya - Datin Alyah

Gempak
November 22, 2018 10:21 MYT
Alyah berkongsi perkara ini menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
PENYANYI dan juga isteri kepada pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS iatu Datin Alyah mencetuskan kontroversi selepas meninggalkan komen di akaun Instagram suaminya itu dua hari lepas.
Menurut Alyah, perkara itu mungkin paling buruk yang dihadapinya sepanjang tahun ini, dan pada masa yang sama, dia turut meminta maaf seandainya komen itu mengundang rasa kurang selesa segelintir pihak.
Alyah berkongsi perkara ini menerusi sebuah entri di akaun Instagramnya buat tatapan umum.
“Saya anggarkan dua hari lepas adalah hari terburuk saya sepanjang tahun ini.
“Sebelum saya meninggalkan komen itu, saya pasti dengan apa yang saya buat dan mengetahui akibatnya.
“Saya tiada niat nak mengaibkan sesiapa dan ini tidak terjadi setiap hari.
“Setelah lapan tahun saya sering menjawab pertanyaan ramai mengenai soal rumah tangga saya, sekarang saya takkan lagi lagi menjawab segala persoalan itu, terpulang kepada anda untuk mentafsirkannya,” tulisnya sebagai kapsyen.
Alyah sebelum ini telah meninggalkan komen berunsur sindiran di akaun Instagram Ramli dan telah menimbulkan perbalahan di kalangan pengikut suaminya itu.
Sebelum ini, pelantun lagu Jutaan Purnama ini juga pernah meluahkan perasaannya beberapa kali di Instagram Stories dengan mengatakan dia berasa penat untuk hidup dalam kepura-puraan.
#Datin Alyah #Datuk Ramli MS #nelayan #rumah #Rumah Tangga #suami
;