'Saya tak sedih pun, saya pura-pura sedih saja' - Datin Sri Shahida
Gempak
Januari 25, 2019 12:00 MYT
Januari 25, 2019 12:00 MYT
KISAH ibu kandung Qayyum yang mahu mengambil balik anaknya yang sebelum ini diserahkan kepada Shahida D’herbs atau nama sebenarnya Datin Sri Nur Shahida Mohd Rashid masih lagi jadi bualan hangat.
Walaupun Shahida menulis dia tidak rasa sedih, tetapi semua orang tahu betapa hancurnya hati beliau.
“Saya tak sedih pun, saya pura-pura sedih aja!
“Nak tahu kenapa saya tak bagi kutuk mak Qayyum lebih-lebih? Sebab kalau saya ada di tempat dia, maybe saya akan buat yang sama. Zaman laman sosial ni, macam-macam benda boleh jadi,” tulis Shahida di satu entri di Instagramnya.
Shahida turut meluahkan rasa terkilan dengan komen-komen segelintir netizen yang sering membandingkan layanan terhadap Qayyum dengan Yusoff yang merupakan anak kandungnya.