Saya tak pernah lafaz cerai, Nadia tu yang kuat cemburu - Tauke Jambu

Gempak
Januari 6, 2019 20:08 MYT
Tauke Jambu menjelaskan dia tidak pernah melafazkan cerai kepada isterinya Nadia.
PELAWAK Tauke Jambu menjelaskan dia tidak pernah melafazkan cerai kepada isterinya, Nadia Mohd Affandi seperti yang didakwa.
Menurut Tauke, apa yang berlaku adalah perselisihan faham antaranya dirinya dan isteri.
"Saya tidak pernah melafazkan cerai terhadap isteri. Macam mana saya ingin berlaku curang sedangkan Nadia mempunyai akses akaun Instagram saya.
BACA: Lafaz cerai menerusi Whatsapp: 'Saya dan Tauke Jambu dah berpisah' - Nadia
"Perselisihan faham ini berlalu apabila ada seorang peminat melihat saya sedang makan beramai-ramai. Kebetulan, duduk di sebelah saya adalah seorang wanita.
"Nadia beranggapan wanita di sebelah saya itu adalah teman wanita saya. Agak-agak logik tak tuduhan itu?
"Ini semua adalah salah faham sahaja, tidak wujud orang ketiga seperti yang dikatakan. Apabila sedang marah, macam-macam tuduhan dilemparkan, tetapi sebagai suami, saya kena sabar.
"Saya sudah menegur Nadia supaya tidak kecoh mengenai hal ini namun perkara belum lagi diselesaikan tetapi kenyataan telah dikeluarkan.
"Kalau boleh, saya ingin menyelamatkan rumah tangga kami," ketika dihubungi Gempak.
BACA: Nadia belum berstatus janda, masih isteri saya - Tauke Jambu
Tambah Tauke, Nadia adalah seorang isteri yang kuat cemburu.
"Sebelum ini, sudah beberapa kali Nadia menuduh saya berlaku curang.
"Nadia seorang yang kuat cemburu. Dia tahu tak, sekarang ini dia berkahwin dengan seorang selebriti yang akan bersosial dengan orang ramai.
"Saya anggap isteri saya belum cukup matang. Dia tidak boleh berfikir baik buruk tindakannya," katanya lagi.
Menjawab soal dakwaan Nadia ingin membawa kes ini ke mahkamah, Tauke berkata tidak perlu dihebohkan memandangkan ini adalah hal rumah tangga.
"Tidak perlu 'dijaja' masalah ini kerana telah mengaibkan suami sendiri.
"Kita selesaikan masalah ini dengan cara baik di mahkamah nanti," katanya kepada Gempak.
Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Zamatul Kayla Aydina pada 26 Oktober tahun lalu.
#cemburu #curang #Instagram #mahkamah #Nadia #Nadia Mohd Affandi #Tauke Jambu #Zamatul Kayla Aydina
;