'Saya tak nak umum secara rasmi' - Sudah berhijab? Ini komen Amyra Rosli
Gempak
Oktober 30, 2019 10:39 MYT
Oktober 30, 2019 10:39 MYT
AKTRES jelita Amyra Rosli memilih untuk tidak menghebahkan mengenai penampilan berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Makkah.
Jelas Amyra, dia menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan atau sebaliknya.
"Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung.
"Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan.
"Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.
"Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di tanah suci biar saya teruskan," katanya kepada Gempak.
Amyra ditemui usai program Meletop Special di Astro, Bukit Jalil malam tadi.
Tambah isteri kepada aktor Amar Baharin ini, dia akui berasa selesa semasa mengenakan tudung.
"Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah," ujarnya lagi.
Selain Amyra, drama bersiri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan yang menghiasi slot Dramavaganza ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Emma Maembong, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.
Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.
Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.
Jangan lupa saksikan drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan di slot Dramavaganza mulai 29 Oktober 2019, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123)!
#adaptasi novel
#Amyra Rosli
#berhijab
#bertudung
#Cemburu Seorang Perempuan
#drama
#Dramavaganza
#Penggambaran
#umrah
#watak Dhiya