"Saya tak layan suami orang" - Kilafairy
Gempak
Disember 20, 2017 23:40 MYT
Disember 20, 2017 23:40 MYT
PELAKON dan penyanyi Kilafairy mengakui lelaki berstatus suami orang pernah cuba untuk mendekati dirinya.
“Ada golongan suami orang yang cuba merapatkan diri dengan saya. Saya mengambil pendekatan mudah, saya tidak memberikan respon dan enggan melayan mereka.
“Kalau sudah jodoh, memang tidak boleh elak, tetapi sebaiknya saya enggan menghampiri lelaki yang berstatus suami orang. Biarlah pasangan hidup saya nanti seorang yang bujang,” kata Kila.
Ketika ditanya mengenai soal cinta, pelakon drama bersiri Mr. Delicious itu mengakui dirinya masih solo.
“Saya masih solo dan selesa berkawan sahaja. Biar saya fokus dengan kerjaya terlebih dahulu, barulah saya memikirkan mengenai soal cinta.
“Saya juga bakal muncul dengan single terbaru bersama penyanyi antarabangsa, Sean Kingston yang berjudul Put The Word In.
“Insya-Allah, jika tiada sebarang aral melintang, single saya bakal menemui pendengar pada 12 Januari tahun hadapan,” katanya ketika ditemui di majlis ulang tahun pertama Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya baru-baru ini.
Selain Kila, selebriti lain yang turut memeriah majlis anjuran Datin Ina dan keluarga adalah Rohana Jalil, Datin Alyah, Salwa Abd Rahman, Isma AF, Azizul Khamis dan ramai lagi.
“Alhamdulillah, Restoran D’Empangan Udang Galah Putrajaya telah memasuki usia setahun. Bisnes yang kami usahakan semakin mendapat minat ramai pihak. Untuk tahun 2018, kami mahu memberikan servis yang lebih baik. Ia akan dimulakan dengan sambutan tahun baru yang dimeriahkan dengan selebriti tempatan.
“Selain penambahan menu baru yang menarik minat pengunjung, kami mengadakan servis katering untuk pelbagai majlis. Lokasi kami juga boleh dijadikan tempat untuk mengadakan acara seperti majlis perkahwinan, hari jadi, kenduri dan sebagainya,” kata Datin Ina.