PENCETUS Ummah (PU) Rahmat Ikhsan menawarkan dua tiket menonton perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 secara percuma kepada gadis bujang yang berminat.

Namun gadis bujang itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum mendapatkan tiket tersebut.

Antara syaratnya adalah, boleh menjerit “gol” walaupun tudung sudah jadi ‘belacan’ dan beberapa syarat lain seperti berikut.

Oleh kerana ramai jantan sanggup pakai tudung kerana nak tiket final . Saya tambah syarat 6) Ketulenan Jantina satu kewajipan Hahaha

A post shared by Rahmat Ikhsan / Pu Rahmat (@purahmatikhsan) on


PU Rahmat menawarkan tiket percuma itu di akaun Instagram (IG) peribadinya.

Rata-rata, netizen terhibur dengan cara serta pendekatan yang dilakukan oleh penceramah bebas tersebut.

Pada Ahad, tiket final pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam yang dijual di kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil ibarat pisang goreng panas apabila habis dijual dalam masa yang sangat singkat.

Kesemua 80,000 tiket yang diperuntukan untuk perlawanan tersebut habis dijual, sama ada secara fizikal mahupun atas talian.

Ada juga yang sanggup bersengkang mata demi tiket untuk menyaksikan Harimau Malaya.

Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung pada Selasa (malam ini).