'Saya tak boleh makan langsung ...' - Dynas Mokhtar

Gempak
Disember 13, 2018 10:00 MYT
rut pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini, dia tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan. - Foto Astro GEMPAK
Pelakon Dynas Mokhtar yang kini berbadan dua menceritakan pengalamannya menempuhi trimester pertama kehamilan.
Menurut pemilik nama Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar ini, dia tidak mempunyai selera untuk makan di awal kehamilan.
"Seperti wanita hamil lain, saya turut mempunyai alahan. Saya tidak boleh makan langsung termasuk kari, serta bau ayam dan ikan.
"Syukur Alhamdulillah, apabila masuk trimester kedua kehamilan, saya sudah mempunyai selera untuk makan seperti biasa," katanya ketika dihubungi Gempak.
Dalam pada itu, Dynas bakal melangkah ke set penggambaran untuk drama bersiri original Iflix, KL Gangster Underworld 2 pada hujung bulan ini.
Di samping itu, Dynas juga sibuk menguruskan perniagaan restoran butiknya yang bakal dibuka di Seksyen 13, Shah Alam.
Dynas berkahwin dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April lalu selepas empat tahun menjadi ibu tunggal.
Menerusi perkahwinan pertamanya, Dynas mempunyai dua orang anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.
#anak #Dynas Mokhtar #hamil #keluarga #KL Gangster Underworld 2 #perkahwinan #Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar #wanita
;