'Saya tak bernikah di Siam'- Serina

Sinar Harian
April 10, 2021 11:39 MYT
Serina selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35. - Foto Instagram Serina Redzuawan
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan tampil menjelaskan dia dan suaminya bukan bernikah di Siam seperti yang didakwa oleh bapanya.
Menerusi Instagramnya, Serina berkata, dia bernikah dalam negara namun tidak menyebut secara spesifik lokasinya.
"Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni hendak jelaskan kekeliruan dan hendak minta netizen jangan mudah hendak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina dan suami. Lepas papa tulis dia tidak tahu kami nikah, dan dia kata kami kahwin di Siam itu adalah “TIDAK BENAR” KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA,” katanya menerusi akaun Instagramnya, lapor Sinar Harian.
BACA: Anak Chef Wan, Serina kembali bergelar isteri
Serina mengakui beliau terkejut apabila bapanya memaklumkan dia berkahwin di Siam, sedangkan sempadan negara masih ditutup sekarang.
Susulan itu, beliau meminta warga maya berhenti membuat tuduhan dan fitnah ke atas dirinya.
"Cuba doakan yang baik baik jangan jadikan sosial media tempat tambah dosa mengumpat, fitnah dan maki hamun orang lain.
"Besar dosa nya nak menjawab di akhirat kelak. Sebab itu kalau kita tak tau jangan kita memandai nak komen dan hentam orang lain, semua yang terjadi atas izin ALLAH jodoh kami dah tertulis,” katanya.
Semalam, Serina selamat bergelar isteri buat kali kedua kepada lelaki pilihan yang dikenali sebagai Aidid, 35.
Menerusi perkongsian yang dilakukan menerusi laman Instagram itu pelakon berusia 38 tahun itu meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahannya berjalan lancar biarpun diadakan secara tertutup.
#Serina Redzuawan #Chef Wan #Serina berkahwin #Serina bernikah
;