"Saya syukur benda ni jadi sekarang.." - Shila Amzah lega beraya sebagai ibu tunggal
Gempak
Mei 5, 2022 17:03 MYT
Mei 5, 2022 17:03 MYT
PENYANYI Shila Amzah mengakui berasa lega dan suka menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal kepada seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia setahun.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 32, dia memilih menyambut lebaran bersama anak dan keluarga di rumahnya sendiri di Cyberjaya.
“Saya lega sebenarnya semua benda dah selesai dalam masa yang sama dapat beraya di rumah sendiri, bestnya susunan dia, saya tak payah nak balik kampung. Tahun ni pun saya beraya bersama keluarga di rumah saya.
“Pada saya, saya bertanggungjawab untuk sediakan environment yang positif dan happy untuk anak saya seorang tu. Walaupun dia masih belum faham, saya nak dia rasa semua benda tu normal je. Kalau ada sebarang benda negatif, saya akan sorok daripada dia.
“Ada perempuan takut untuk mengalami situasi (penceraian) macam saya, macam mana nak menghadapi perkara ni sorang-sorang tapi pada saya, saya jadi lebih kuat bila saya nampak muka anak.
“Kalau saya stay, saya akan lagi sedih dan tak menjadi diri sendiri. Tapi bila kita sorang, kita dah tiada tanggungjawab dengan benda-benda lain, jaga anak je. Itulah yang beri saya kekuatan.”
Dalam pada masa yang sama, dia turut bersyukur perpisahan ini berlaku di kala anaknya masih kecil dan belum memahami apa yang terjadi pada ibu bapanya.
“Saya bersyukur benda ni jadi sekarang. Kalau dia umur 4 ke 5 tahun, dia dah mula faham dan mungkin akan persoalkan kenapa orang lain ada parents. Tapi suatu hari nanti pasti dia akan tanya juga dan kita dah ada jawapannya,” jelas Shila kepada Gempak.
Shila ditemui pada majlis berbuka puasa dan screening raya Astro yang diadakan di Connexion, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Jelas pelantun lagu Patah Seribu ini lagi, dia tidak berasa serik untuk bercinta lagi meskipun baru berdepan dengan perceraian pada usia yang muda.
Tambah Shila, seseorang lelaki yang bakal hadir dalam hidupnya kelak perlu memahami dan menerima dia bersama dengan anaknya.
“Saya takdelah serik untuk bercinta, I have so much love to give. Tapi pada cinta yang sewajarnya dan selayaknya. Pada masa depan saya pun tak tahu jodoh saya macam mana.
“Yang pasti, saya akan lebih berhati-hati menerima siapa yang mampu memecahkan ‘benteng’ memandangkan saya sekarang dah ada anak, ini bukan pasal diri saya sahaja. Ada banyak perkara perlu dititikberatkan."
Sekadar info, Shila dan Haris Idraki Elias mendirikan rumah tangga pada April 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais.
Februari lalu, Shila sah bercerai dengan Haris di sebuah mahkamah syariah di Selangor.
*Artikel asal disiarkan di Gempak