PELAKON Kamal Adli mahu memberikan tumpuan terhadap kerjayanya sebagai seorang pelakon dan pengacara.

Ketika ditanya mengenai status terkini dirinya, Kamal mengatakan dia kini solo dan selesa membiarkan fokusnya lebih terarah dengan kesibukan di set penggambaran.

"Alhamdulillah, rezeki itu tak putus-putus. Saya menerima tawaran demi tawaran dan menjayakan karakter yang baik untuk portfolio lakonan saya.

"Saya kini sedang single dan mahu fokus terhadap kerja. Kesibukan itu bagus dan saya mahu memberikan lebih tumpuan terhadap kerjaya seni saya," kata Kamal.

Ketika di minta mengulas mengenai status hubungan dengan teman tapi mesranya, pelakon Emma Maembong, Kamal menjelaskan yang mereka hanya sekadar kawan.

"Saya dengan Emma memang hanya berkawan sahaja. Mungkin kedua-dua kami selesa dengan perkara ini. Setakat ini, saya memang tiada siapa-siapa dan masing-masing memberikan fokus terhadap kerja.

"Buat masa ini, saya rasa mahu kekalkan momentum untuk fokus dalam karier. Saya nak buat apa yang saya tak buat semenjak awal penglibatan dalam bidang seni.

"Saya juga mahu mengumpul harta untuk kesenangan masa hadapan. Sekarang juga adalah masa untuk saya muhasabah diri, membetulkan diri sendiri..

"Saya harus menyemak balik apa kekurangan saya menerusi perhubungan yang terjalin sebelum ini. Sekrang biar saya ada masa untuk diri sendiri dan masa untuk karier," katanya lagi.

17 nov 2018 9.00 malam citra & citraHD #hinggajumpalagi

A post shared by K.A (@kamaladli) on

nuh & eva #hinggajumpalagi

A post shared by K.A (@kamaladli) on

ini eva isteri saya .. dia sakit.. tapi dia nk buat sesuatu yang org tak pernah fikir nak buat.. #astrocitra #hinggajumpalagi

A post shared by K.A (@kamaladli) on


Dalam perkembangan terbaru, Kamal bakal muncul dengan telefilem Hingga Jumpa Lagi.

Bergandingan dengan Nora Danish, telefilem terbabit bakal ditayangkan di Astro Citra dan Citra HD pada Sabtu ini, 17 November 2018 pada jam 9 malam.