'Saya sedang berbincang dengan keluarga tentang hal ini' - Aliff Aziz komen isu curang
Gempak
Februari 27, 2019 20:00 MYT
Februari 27, 2019 20:00 MYT
PENYANYI dan pelakon, Aliff Aziz memohon diberi ruang mengenai berita kecurangannya dengan pelakon wanita, Oktovia Manrose seperti yang didakwa isterinya, Bella Astillah di Instagram.
Menerusi laporan Harian Metro, Aliff kini sedang berbincang dengan keluarganya sebelum memberi apa-apa kenyataan.
“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya.
Terdahulu, Bella mendedahkan suaminya berkelakuan pelik selepas bergandingan dengan Oktovia dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.
Dakwaan Aliff dikatakan curang bukanlah kali pertama. Sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan pelakon, Afifah Nasir yang bergandingan dengannya dalam sebuah drama.
Perkara itu diketahui isterinya, Bella selepas mereka ‘kantoi’ menerusi kamera litar tertutup dari sebuah pusat karaoke pada 2017.
Namun, berita itu reda selepas Aliff dan Afifah membuat sidang media bagi menjelaskan perkara sebenar.
Sumber: Harian Metro
#Afifah Nasir
#Aliff Aziz
#curang
#Instagram
#kamera litar tertutup
#karier
#keluarga
#Oktovia Manrose
#selebriti