Saya pernah jadi atheis, tidak percaya Tuhan - Adam Corrie
Gempak
Jun 22, 2018 12:39 MYT
Jun 22, 2018 12:39 MYT
PELAKON Adam Corrie mendedahkan dia pernah berpegang pada prinsip kehidupan tanpa Tuhan atau atheis.
Menerusi perkongsian daripada Twitternya, pelakon filem KL Gangster 2 itu bagaimanapun diberikan hidayah ketika hidupnya terasa kosong.
"Saya dilahirkan dari keluarga agama Buddha.
"Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan.
"Kemudian saya rasa kosong dalam hidup ini. Tiada pegangan dalam hidup.
"Tapi itulah nama hidayah, apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dalam diri ini. Alhamdulillah," tulis Adam.
Saya dilahirkan dari keluarga agama budha. Kemudian saya pernah jadi atheis. Tidak percaya pada tuhan. Kemudian sy rasa kosong dlm hidup ini. Tiada pegangan dlm hidup. Tpi itulah nama hidayah, apabila kita mencari kebenaran, Allah campakkan hidayah dlm diri ini. Alhamdulillah
— ADAM CORRIE (@adam_corrie) June 20, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Adam menambah dia bersyukur diberiakan peluang untuk mengenali agama Islam dan kembali kepada fitrah sebenar sebagai hamba Allah.
"Tiada apa yang perlu dibanggakan kalau tak percaya pada tuhan. Itu pilihan anda tak percaya syurga, neraka dan Tuhan.
"Kalau anda bangga jadi atheis dan saya pula berasa syukur Alhamdulillah.
"Allah masih bagi peluang saya mengenali dan pulang padaNya. Tenang," katanya.
Adam secara rasmi telah memeluk Islam sekitar bulan Julai 2007 dan telah mendirikan rumah tangga setahun kemudian.
Perkongsian Adam itu menyentuh hati netizen dan tertarik dengan perjalanan hidupnya.
Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Twitter