Saya pernah hanya makan mee segera, nasi dan sardin ketika di LA - Yuna

Syafique Shuib
September 21, 2017 18:50 MYT
Yuna dalam satu catatan di Instagram berterima kasih kepada mereka yang membantu beliau ketika mula menetap di Los Angeles. -Instagram/yunamusic
KEJAYAAN Yuna di Los Angeles, Amerika Syarikat pastinya menjadi inspirasi kepada ramai pengikutnya.
Namun ramai tidak tahu susah senang yang dilalui penyanyi itu di Amerika Syarikat.
Penyanyi yang popular dengan lagu Crush menerusi album Chapters berkata ramai yang membantunya apabila beliau mula menetap di Amerika Syarikat.
“Saya makan mee segera atau nasi dengan ikan sardin untuk simpan duit kerana semuanya mahal di LA.
BACA: Yuna akui dia 'sucks'
BACA: Pesona hijab Yuna dalam majalah 'Vogue Arabia'
“Tetapi saya ada kawan yang jaga saya dan memberi makanan,” katanya pada Rabu.
Catatan Yuna antara lain untuk memberi peringatan bahawa sesebuah kejayaan bukan daripada usaha seseorang itu sendiri, tetapi ia juga hasil bantuan orang di sekelilingnya.
Beliau berkata ada sesetengah pihak yang merasakan kejayaan mereka dikecapi hanya dengan usaha sendiri.
“Saya akan sentiasa ingat (siapa yang membantu). Terima kasih,” tulis Yuna.
BACA: Yuna penyanyi Malaysia pertama tercalon untuk anugerah BET
Yuna turut berkongsi bahawa pernah berkongsi RM50 dengan rakan kugiran yang lain.
“Atau mereka bekerja secara percuma kerana kami tidak dibayar,” katanya.
#Chapters #Crush #kejayaan #makan mee segera #makan sardin #menetap di Los Angeles #Usher #Yuna
;